Total Pageviews

Sunday, February 27, 2011

Happy 3rd Anniversary for us
Mammoth vs Possum

Thursday, February 24, 2011

manusia


semalam sekitar pukul 6.30 petang selepas hantar barang kat tuan director kat damansara perdana aku singgah kat jusco One utama kekonon nak membeli barang (milo fuze and syampoo) semalamkan Jcard day....

nak dijadikan cerita lagi lepas dapat parking aku pun terus je masuk dalam..untuk makluman Jusco One Utama hanya ada supermarket sahaja dah sekarang. bahagian lain telah ditutup untuk 6 bulan.

sampai kat dalam..aku berasa agak hampa sebab apa yang aku nak carik dah sold out and sebenarnya harga barang tu pun lagi mahal even after diskaun 5%..RM 11.99 untuk 15 peket milo.well memang xder rezeki aku nak beli kat situ.shampoo pun sama gakla...rejoice yg biasa tu RM 13.90...errrrr...mmg x patut pun aku datang sebenarnya semalam..rindu kat tempat ni la gamaknya..hehehehe kesudahan cerita aku..cuma beli sayur jek.

semasa nak membayor tu aku pegila kat kaunter ekpress ya la barang x sampai pon 5..tikkkk..tikkkk..tikkkk..tikkkk..tikkkkk..ha semua sekali after diskaun 5%..RM 8.10..beli sayur 5 je ok...selalu aku x shoping barang dapur kat jusco nih..tau dah mahal.

pas aku bayar..aku duk kat tepi kaunter tu nak simpan baki duit..aderla satu customer ni pompuan cina dtg bawak tisu berharga RM 27 tanpa JCard.aku yg murah hati ni bagila Jcard aku kat cashier..pastu aku ckp kat pompuan tu..at least u dapat 5% dis.pompuan tu buat xtau je..pandang aku pon x??slow sgt ker suara aku nih...agaknya la kan. lepas scan harga benda tu jadik RM 22.90 so bape dia untung....lpas bayar aku cakap terima kasih kat dia tapi....pergh gila sombong pompuan nih..dia x pandang aku pon terus jek blah..

panas hatiku dowh..susah sgt ke nak senyum or pandang aku..aku dah tolong dia ok..tapi sebenarnya tu la hakikat masa aku keje sebagai partime kat situ hanya ada dua kaum kat malaysia yang dtg shoping kat situ yang sgt sombong, kurang ajar, suka maki cashier, cerewet, suka campak duit or kad kredit (macam kita ni pengemis plak)..satu cina dan satu lagi india..kalau aku citer ni kat budak umah aku dia selalu kata aku racist..lima bulan aku keje kat situ dah cukup masa aku nak perati tiap customer yg datang shoping okeh!!! aku bukan racist sebab kawan aku pon ader cina ngan india gak..aku cakap betul..kalau x percaya trylah sebulan jadik cashier kat mana mana tempat terutama one utama then pastu korang boleh bagitau aku betul or tak???

moral : lima bulan keje so aku taula kenapa cashier selalu x suka senyum kat customer..

Wednesday, February 23, 2011

~~day without rice~~

hari tanpa nasi..tgkla berapa hari aku bleh tahan tak makan nasi dan mengantikan dengan makan benda lain.
huh!! menjerit jugak perut aku semalam mintak isi makanan..aku tryla makan kacang 10 biji pastu minum air pastu tido..

kenapa aku tetiba x makan nasi ni...sebabnya cuma satu..badan aku dah mula berlemak di sana sini dan perut
pon dah start membuncit..burok dah rupa aku.huhuhu dan jugak skg aku dah dpt title si gumok dari kwn lama aku..mmg bunggok la dia tuh..

jadi minggu pertama ni aku nak try hanya makan lauk pauk sahaja dilebihkan makan sayur pada waktu dinner..dan makan kacang beberapa biji kalau perut aku bunyik bunyik kruk krak tengah tengah malam..

selain dari tu kenala bersenam so kenala carik peluang g lari lari semula sb dah lama aku tinggalkan kasut futsal aku kat dalam kotak..ntah dah tercabut tapaknya ntah..huh!!! terdengar dalam radio semalam kalau perut dah buncit buat sit up saja xkan menguruskan pe yg buncit itu kalau x buat latihan kardivaskular ( betol ke aku eja ni) so have to start running a.s.a.p!!

well tunggula sebulan apa result hasil diet aku nih..sungguh ku teringin nak kurus kering cam dulu..pakai suar saiz s dan bukan saiz L cam skg..damn!!!

Wednesday, February 16, 2011

~ im in Love~~



saya jatuh cinta...waaaaaaaa
saya telah jatuh chenta dengan anime black butler..sebastian michaelis dan lagu pembukaan untuk anime ini ( monochrome kiss )..adeiii besh giler di tambah dengan bertapa hot dan seksinya si sebastian nih..
dalam citer ni even shinigami (malaikatmaut) berambut merah yang giler pon dah jatuh hati kat si butler..hehehehe
saya sebenarnya secara x sengaja terjumpa anime ni kat satu website bahasa cina yang saya pon x paham nak baca..kikiki..tp bila tgk colour anime ni mcm tersangatlah best maka saya layan je movie ni even xder sarikata dalam english..audio japanese sub dlm chinese..kikikiki..haaa ni citer awal tahun lepas k (2010) masa ni dia belum kuar kat animax lagik.sekarang dah habis pon season 1...saya da tgk abih season 2..sub chinese la..
kat kedai dah kuar tp masa ngah carik taun lepas area OU belom ader lagik..sekarang ader dah tp nak tg harga turun dulu baru nak grab..karang jadik mcm anime God Save Our King!..beli mahal giler tetiba bila season habis harga jatuh 10 kali ganda..rasa mcm nak bakar kedai time tuh..huh!!! begang.
sape yg suka anime pekata try tgk anime ni..sure suka.k ah saya ltak sekeping gambo sebastian yg maha hensem tuh untuk tatapan...

p/s : gambo hak milik google yerp

Sunday, February 13, 2011

kisah kita

kisah kita yang xkan pernah habis..

selamat hari sayang ....14022010
sayangnya xde hati pon nak sambut hari ni..sebab tetiap hari pon dah berkasih sayang..nape setiap tahun macam x sabar sabar nak tunggu tarikh ni..entahla ikut orang gamaknya.
esok maulidur rasul 12 Rabiluawal errrrr  berapa tahun hijrah dah kita yer..
semalam terbaca info kat tv yang Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 Rabiluawal tahun gajah bersamaan 20 April kalendar orang putih.n.baru aku perasan tarikh lahir adik pompuan aku sama ngan Nabi..

Thursday, February 10, 2011

dari pandangan mata



baru balik dari keje kul 11 pm tadik..arini x buka kaunter just jadi pembantu kat kaunter saja..pack barang2 customer..ramainya orang malam ni sama macam semalam jugak..al maklum tempat ni nak tutup dah lagi 12 hari jer..barang barang memang diskaun giler..especially barang barang kat tingkat 2..70% ke 80% apalagi bertroli troli ngangkut cadar bantal dan segalanya pasal bilik tido nih...penat!!


kat tempat barangan letrik lagi la..barang dah turun tapi nasib barang pon dah x banyak sebab sebelum start sale dah ader yg booking so 1st day semua dah kena angkut..


aku plak.....bercadang cadang nak berenti dah pas 21hb ni..nak rehat barang sebulan dua..penat ngan x bape cukup tido..hmmm..tapi bila fikir sayang pulak aku kat tempat ni..apasal???? aku rasa sebab tempat ni lagi tenangkan jiwa aku dari keje kat opis..kat opis hari2 aku tension benci xnak tengok orang..aku duduk je kat meja aku sampai pukul 5..huh!! sebab pagi2 dah dengar suara makluk yang aku paling paling paling x suka kat opis tu..seyes..memang spoil mood tetiap pagi..


tapi malam lain plak..kat sini aku ader kawan lebih dari kat opis..diaorang x complicated sangat..aku suka

Wednesday, February 9, 2011

~~ teringinnya~~










aritu teringin sangat nak makan kerang..so lepas habis keje petang tu aku pon pegila kota damansara konon konon nak carik kerang dan benda benda lain..

nak jadi cerita bila dah dapat apa benda yang aku nak tu aku pon balik dan mula memasak..
sebenarnya masa nak beli kerang tu aku dah check dah samada kerang tu elok atau x elok sebenarnya tp disebabkan idung aku ni selalu je masalah..so x dapat disahihkan samada kerang tuh betul2 elok..
huhuhu..
sebenarnya setelah kerang tu masak..aku dengan x sabarnya makan..uwaaaaaa.....
kerang tu x fresh bau dia busuk gila..dan rasanya melekat kat lidah..nak termuntah aku dibuatnya..uweeeekkk uweeekkk la aku sepanjang malam hatta makan sekor jek pon.
kesudahannya..satu periuk masukdalam plastik dan aku buang dalam tong sampah..
begitula adanya.
moral : kalau x pasti barangan mentah ni masih elok ke x elok la bawak hidung member yang sahih untuk menghidu..kekekkeke